Monday, June 30, 2014

Resepi Kuih Bahulu Gulung Tradisional



RESEPI KUIH BAHULU GULUNG




PENGENALAN

Kuih bahulu atau bahulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.

Sejarah asal resepi kuih bahulu gulung ini dipercayai dibawa ke tanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk.

Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan daru hulu". Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama.Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara.Kuih bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.

Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Kuih Baulu kini telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.

Secara amnya resepi kuih bahulu gulung terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.
 

RESEPI KUIH BAHULU GULUNG


Bahan-bahan ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )

·         90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)

·         3 biji telur A

·         5 sb gula halus

·         1 sdt esen vanilla / jus lemon

·         2 sb jem raspberi

·         sedikit gula halus utk taburan

 

Cara-cara :

 

1.      Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.

2.      Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)

3.      Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.

4.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)

5.      Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.

6.      Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.

7.      Panaskan jem raspberi sehingga cair.

8.      Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.

9.      Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.

10.  Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.

11.  Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

 

# TIPS BAHULU GULUNG

Bahulu gulung perlu terus digulung apabila telah masak kerana jika telah sejuk bahulu tersebut akan patah kerana telah keras.