RESIPI KUIH
BAHULU GULUNG
PENGENALAN
Kuih
bahulu atau bahulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang
biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.
Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya
pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Sejarah
asal resepi kuih bahulu gulung ini dipercayai dibawa ke tanah melayu oleh orang
berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih Bahulu ini merupakan kuih
tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih
baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses
pembakarannya. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh
kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air
kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung
periuk.
Mengikut
sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa
"buah tangan daru hulu". Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan
pengangkutan air sebagai jalan utama.Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu,
mereka sangat menghormati jiran tetangga dan saudara mara.Kuih bahulu dijadikan
buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.
Zaman
berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk
Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah
bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih
tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty
oleh orang inggeris. Kuih Baulu kini telah menjadi menu utama di dalam
hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis
kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih
bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang
individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu. Walau
kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat
tempat dimata dunia.
Secara
amnya resepi kuih bahulu gulung terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil
iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu
gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih
traditional.
Cara
membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi
yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak
masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.
CARA BUAT KUIH BAHULU GULUNG TRADISIONAL
Bahan-bahan
( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )
·
90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
·
3 biji telur A
·
5 sb gula halus
·
1 sdt esen vanilla / jus lemon
·
2 sb jem raspberi
·
sedikit gula halus utk taburan
Cara-cara
:
1. Sediakan tin/loyang/dulang
pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di
permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
2. Putar telur dgn gula sehingga
btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu
kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
3. Masukkan esen vanilla/jus
lemon dan putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi
sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn
perlahan shj)
5. Tuangkan adunan ke dlm dulang
yg tlh disediakan. Ratakan.
6. Bakar pd tetingkat atas(high
rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu
200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg
selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg
digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
7. Panaskan jem raspberi
sehingga cair.
8. Alaskan sekeping kertas
minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
9. Setelah bahulu masak, terus
keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian
tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
10. Gulung dgn kemas dgn
menggunakan kertas minyak.
11. Sejukkan sebelum dipotong dan
dihidang.
#
TIPS BAHULU GULUNG
Bahulu
gulung perlu terus digulung apabila telah masak kerana jika telah sejuk bahulu
tersebut akan patah kerana telah keras.